Dah Tiga Tahun Single, Nadia Brian Mahu Calon Suami Kuat Pengetahuan Agama

Pelakon, Nadia Brian, berkata beliau masih mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga, selepas berpisah dengan bekas suami, pada April 2020 lalu.

dah tiga tahun single, nadia brian mahu calon suami kuat pengetahuan agama

Menurut pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, sebagai wanita yang matang dan meningkat usia, pastinya dia inginkan pasangan dan hidup berkeluarga.

 

"Saya tak pernah tutup pintu hati untuk bercinta. Termasuk, berumah tangga semula walaupun pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini. Sudah tentulah, saya mahu berkahwin dan ada pasangan macam wanita lain.

"Cuma, buat masa ini saya masih belum bertemu calonnya. Hati ini masih tidak dimiliki sesiapa lagi dan tidak perlu juga untuk saya terkejar-kejar mencari pasangan baharu. Kalau ada jodoh, Insya-Allah pasti ada.

"Saya tidak memilih dari segi rupa, tapi untuk kali ini, mencari pasangan yang boleh membimbing saya ke arah lebih baik dan kami juga menyokong antara satu sama lain dalam semua perkara.

"Saya memang tidak meletakkan kriteria yang tinggi untuk jodoh kedua ini. Cukuplah sekiranya lelaki itu mampu membimbing dan mempunyai pengetahuan agama yang kukuh. Doakan saya," katanya.

dah tiga tahun single, nadia brian mahu calon suami kuat pengetahuan agama

Ujarnya lagi, beliau mahukan calon suami yang kuat pengetahuan agama kerana mahu seseorang yang boleh membimbing dirinya berubah ke arah yang lebih baik.

 

Sumber: HMetro