Nadia Brian Kesal Kariernya Jarang Dipeduli, Imej Seksi Lebih Jadi Tumpuan

Pelakon, Nadia Brian meluahkan rasa kesal apabila kerja kerasnya selama ini jarang diberi tumpuan berbanding dengan imej seksinya.

nadia brian kesal kariernya jarang dipeduli, imej seksi lebih jadi tumpuan

Menerusi satu hantaran di Instagramnya, pelakon berusia 31 tahun itu akui terkilan apabila penampilannya baru-baru ini menjadi bahan berita.

 

“Tak habis-habis nak letak ‘headline’ Nadia Brian seksi untuk orang baca artikel kau. Tak ada benda lain ke nak masuk berita?

“Susah payah aku berlakon, kerja sampai waktu tidur pun tak cukup, tak ada pula nak buat berita. Memalukan,” tulisnya.

 

Nadia bagaimanapun menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang selama ini memberi sokongan serta kasih sayang kepada dirinya.

 

“Terima kasih kepada anda yang selama ini menyokong dan menjaga saya dengan baik. Doakan yang baik-baik untuk kita semua. Insya-Allah,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nadia Brian (@nadia.brian)

 

Hantaran itu mendapat perhatian ramai khususnya peminat Nadia sendiri yang meminta agar pelakon itu bersabar dan mengakui meminati Nadia bukan dek kerana imej seksi, sebaliknya kerana bakat yang ditonjolkan beliau.

 

Baru-baru ini, Nadia mengejutkan ramai kerana tampil dengan pakaian yang agak seksi dalam satu video di Tiktok. Imej itu telah menjadi bualan dalam media semasa yang rata-rata mengecam tindakan pelakon ini.

 

Sumber: Instagram / Tiktok