Penyanyi, Nadeera menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan beliau ada menjalani prosedur kecantikan bagi mengubah bentuk wajah.
Menurut pemilik nama sebenar Farah Nadeera Zaini, perubahan ketara yang dapat dilihat pada wajahnya kini adalah disebabkan penurunan berat badan.
“Kalau orang tuduh saya buat muka, masya-Allah, memang cantik betulkah? Gurau sahaja.
“Tak buat. Mungkin faktor penurunan berat badan yang mengubah sedikit bentuk muka saya.
“Berat saya turun, jadi agak runcing sikit tetapi muka saya masih lagi tembam,” katanya.
Menurut Nadeera lagi, beliau kini sedang menjalani diet sihat hingga beratnya berjaya turun hampir 10 kilogram.
“Ya, saya diet secara sihat dengan mengamalkan senaman selama sebulan lebih dan turun sebanyak tujuh atau enam kilogram.
“Dahulu orang cakap saya gemuk dan tidak cantik. Jadi, sekarang saya kurus apa salahnya,” ujarnya lagi.
Terdahulu, netizen mendakwa penyanyi ini mengambil suntikan botox kerana perasan akan kelainan pada wajahnya yang kelihatan runcing pada dagu.
Sebelum ini, penyanyi berusia 30 tahun ini pernah berdepan dengan kritikan dan hinaan mengenai penampilannya hingga ada yang menyamakan wajahnya dengan haiwan.
Sumber: Kosmo!