Punyai Rumah Nilai Jutaan Ringgit, Nabila Razali Sedia Susah Senang Dengan Bakal Suami

Nabila Razali telah mengungkapkan bahawa beliau tidak pernah terfikir bahawa dirinya akan memiliki rumah sendiri yang bernilai jutaan ringgit.

punyai rumah nilai jutaan ringgit, nabila razali sedia susah senang dengan bakal suami

Menurut Nabila, dia bersyukur kerana rezekinya telah dipermudahkan selama dia berada di dalam industri seni.

 

Katanya, tidak pernah bermimpi bahawa dia mampu membeli rumah sendiri, tetapi apabila Allah murahkan rezekinya di dalam industri seni, segala-galanya menjadi lebih mudah.

punyai rumah nilai jutaan ringgit, nabila razali sedia susah senang dengan bakal suami

Walau bagaimanapun, jelasnya urusan pembelian rumah tidak berlaku dalam waktu yang singkat, dan prosesnya memakan masa yang agak lama. Nabila juga banyak menyimpan dan menjaga nafsu untuk membuat pelbagai perkara sebelum akhirnya proses pembelian rumah itu berjalan seperti apa yang telah dirancang.

 

Meskipun sudah memiliki hampir segala-galanya, Nabila berkata lagi beliau tidak kisah untuk sama-sama membangunkan keluarga bersama bakal suaminya nanti. Beliau juga percaya bahawa sebagai wanita, kita perlu tahu untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa bergantung harap kepada sesiapa.

 

“Saya mahu suami yang rajin juga. Saya tiada masalah untuk sama-sama berusaha. Itu sudah cukup buat saya. Bagaimanapun, saya percaya, sebagai wanita, kita kena tahu untuk berdiri di atas kaki sendiri.

“Walau apa yang terjadi, kita mampu untuk mengharunginya tanpa bergantung harap kepada sesiapa. Lebih-lebih lagi ketika keadaan ekonomi yang tidak berapa baik sekarang ini.

“Masing-masing kena pandai jaga diri dan fikir untuk masa hadapan,” katanya.

 

Dalam menjawab cabaran sebagai seorang freelancer dalam industri seni untuk memiliki aset sendiri, Nabila berpendapat bahawa segalanya boleh diraih dengan ilmu.

punyai rumah nilai jutaan ringgit, nabila razali sedia susah senang dengan bakal suami

Sejak dari kecil, beliau telah diajar cara menyimpan duit dan melabur. Malah ketika ini, Nabila berkata beliau sedang belajar tentang cara menyimpan emas dan banyak medium yang boleh dipelajari. Tambah lagi, Nabila juga telah membuka syarikat sendiri dan mengadakan slip gaji, sesuatu yang sulit untuk didapati dalam kerjaya sebagai artis.

 

“Sejak kecil, saya diajar cara menyimpan duit dan melabur. Ketika ini pula, saya sedang belajar tentang menyimpan emas. Banyak medium yang boleh kita belajar.

“Sewaktu membuka syarikat sendiri, saya dah mula untuk mengadakan slip gaji. Dokumen yang artis susah nak ada, kita adakan. Walaupun tak tahu, kita kena bertanya. Kalau tak bertanya, selamanya perkara itu akan jadi susah.

 

“Bila ada duit, memang semua benda boleh beli tapi kertas kerja kena buat juga. Saya bukanlah lahir-lahir terus tahu beli rumah. Saya ada berjumpa juga dengan pejuang hartanah untuk dapatkan nasihat,” katanya lagi.

 

Sumber: Media Hiburan