Penyanyi, Nabila Razali akui terkilan dengan sikap rakan artis yang mengecamnya tidak boleh menyanyi meskipun ia dianggap sekadar gurauan.
Menurut Nabila meskipun dia sudah biasa menerima kecaman dari netizen, namun dia tidak menyangka tindakan serupa datang dari rakan artis yang sama-sama mencari rezeki dalam bidang seni.
“Memang ini bukan isu besar memandangkan saya sudah biasa dikecam. Cuma, saya tidak sangka perbuatan itu datang daripada rakan industri yang sama-sama mencari rezeki dan menjadikan dunia seni sebagai periuk nasi.
“Bagi saya, cukup hanya netizen yang mengecam. Kita sebagai selebriti perlu menjadi contoh yang baik dan ikon kepada mereka.
“Kalau kita melakukan perkara sama, netizen akan anggap perbuatan itu diterima dan boleh dicontohi kerana artis pun buat,” katanya.
Pun begitu, Nabila berkata beliau sudahpun memaafkan artis tersebut dan enggan memanjangkan lagi isu berkenaan.
Nabila turut mengakui masih trauma dengan insiden terkucil semasa sedang menyanyi secara langsung dan menjadikan ia semangat untuk terus memperbaiki kelemahan.
Sumber: Utusan