Cinta Lepas Kahwin, Nabila Razali dan Suami Masih Malu-Malu Lepas Tiga Minggu Nikah

Selepas tiga minggu melayari bahtera sebagai pasangan suami dan isteri, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali akui beliau dan suami, Nik Iruwan Nik Izani, 38, masih mempunyai rasa malu dan dalam proses saling mengenali lagi.

“dia sempurna di mata saya,” suami belum jumpa kelemahan nabila razali

Nabila, 31, menyifatkan suaminya sebagai seorang yang memahami dan terbuka memberi sokongan kepadanya yang masih sibuk dengan pelbagai aktiviti seni berikutan tuntutan kerja yang sudah dipersetujui.

 

"Kami bercinta lepas kahwin, masih malu-malu dan dalam proses saling mengenali lagi.

"Alhamdulillah, suami saya faham kerana kami berdua sekarang sibuk dengan kerja masing-masing. Malah, ia sudah kami bincangkan sejak awal sebelum berkahwin dan syukur dia sedia memberikan sokongan.

"Macam berlakon suami memberi izin, tetapi saya kena tahu menjaga batas dalam lakonan. Manakala untuk nyanyian, suami sarankan saya masuk kelas nyanyian.

"Suami selalu cakap, jika saya mahu jadi penyanyi yang bagus, kena perbaiki diri sendiri dan minta saya pergi kelas nyanyian sebanyak mungkin dan sentiasa bekerja keras," katanya.

cinta lepas kahwin, nabila razali dan suami masih malu-malu lepas tiga minggu nikah

Baca: Terlupa Dah Kahwin, Nabila Razali Akui Terkejut Dipanggil ‘Puan’

 

Tambah Nabila, beliau enggan menjadikan statusnya sebagai isteri sebagai halangan untuknya bekerja sebagai penyanyi mahupun pelakon.

“dia sempurna di mata saya,” suami belum jumpa kelemahan nabila razali

"Apa pun saya tidak mahu menjadikan status isteri orang yang digalas kini sebagai satu alasan untuk tidak bekerja atau cuba kurangkan urusan pekerjaan kerana rumah tangga. Buat masa ini, saya masih boleh membahagikan masa dengan baik.

"Masa bersama suami dan keluarga tidak terganggu kerana semua jadual kerja sudah disusun dengan baik kerana mereka (keluarga) adalah keutamaan saya. Pada ketika ini, saya juga faham mana yang patut didahulukan.

"Malah, rezeki datang dalam pelbagai cara dan saya akur ketentuan Yang Esa kerana Dia adalah sebaik perancang. Mungkin saya akan kurang berlakon, tapi tawaran menyanyi pula banyak dan aktiviti lainnya," katanya lagi.

 

Terdahulu, Nabila Razali telah selamat menjadi isteri yang sah kepada Nik Iruwan dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan di sebuah hotel di Pahang, dengan dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

 

Sumber: HMetro