Foto Majlis Kahwin, Emoji Cincin, Nabila Razali Dah Nikah Ke?

Penyanyi, Nabila Razali telah mencuri tumpuan netizen selepas memuatnaik beberapa foto suasana perkahwinan menerusi akaun Instagram miliknya, semalam.

foto majlis kahwin, emoji cincin, nabila razali dah nikah ke?

Malah, profil pada akaunnya itu turut memperlihatkan gambar kolaj seolah-olah sedang meraikan hari bahagia.

 

Lebih mencetuskan teka-teki, Nabila berkongsikan emoji berbentuk cincin dan pengantin perempuan pada ruangan bio Instagram miliknya itu berserta nama seorang lelaki Aisy Mateen.

foto majlis kahwin, emoji cincin, nabila razali dah nikah ke?

Perkongsian itu menarik minat orang ramai sama ada penyanyi ini sudahpun bernikah atau ia sekadar gimik semata-mata.

foto majlis kahwin, emoji cincin, nabila razali dah nikah ke?

Media turut cuba mendapatkan kepastian penyanyi berusia 29 tahun ini, namun sehingga kini masih tiada jawapan daripadanya.

 

Sumber: IG Nabila Razali