Nabila Minta Netizen Henti Berharap Lihat Dia dan Sharnaaz Kembali Jadi Suami-Isteri

Usahawan, Noor Nabila meminta supaya orang ramai terutamanya golongan netizen berhentu meletak harapan untuk menyaksikan dirinya dan Sharnaaz Ahmad kembali bersatu sebagai pasangan suami isteri.

nabila minta netizen henti berharap lihat dia dan sharnaaz kembali jadi suami-isteri

Menerusi hantaran di Instagram, Nabila berkata keadaan itu tidak mungkin akan berlaku memandangkan dia dan Sharnaaz masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

 

“Kamu semua doa untuk anak kita saja yang baik-baik. Itu dah cukup untuk kita berdua. Untuk kami berdua, kita dua dah ada kehidupan masing-masing.

“Okay peace yall, komen yang baik-baik saja okay,” katanya menerusi ruangan komen dalam sebuah video yang dibuat bersama Sharnaaz dan anak tunggal mereka, Jebat Jayden.

nabila minta netizen henti berharap lihat dia dan sharnaaz kembali jadi suami-isteri

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang rata-ratanya menyifatkan kedua mereka wajar kembali sebagai pasangan suami dan isteri.

 

Terdahulu, Nabila dan Sharnaaz telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mac 2017, namun bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020.

 

Sumber: Instagram