Didakwa Curi Budaya Negara Jiran, Nabila Huda Terima Ugutan Anak Akan Diculik

Pelakon, Nabila Huda mendedahkan ada menerima satu ugutan dari seorang individu tidak dikenali yang mendakwanya mencuri budaya Indonesia.

didakwa curi budaya negara jiran, nabila huda terima ugutan anak akan diculik

Malah lebih menakutkan, individu berkenaan dikatakan turut mengugut akan menculik anaknya, Keisha Laila jika Nabila masih ‘claim’ mengenai budaya Indonesia.

 

Pendedahan itu dibuat Nabila menerusi platform X miliknya, baru-baru ini.

 

"Nabila Huda @abilsuhaimi is the NO. 1 claimer/thief of the INDONESIAN CULTURE.

"Saya akan menculik anak awak sekiranya masih 'claim' budaya Indonesia @abilsuhaimi," tulis individu itu menerusi satu tangkap layar yang dibuat Nabila.

didakwa curi budaya negara jiran, nabila huda terima ugutan anak akan diculik

Pemilik nama sebenar Nabila Huda Suhaimi, 39, bagaimanapun meminta bantuan pengikutnya untuk memberi respin terhadap apa yang diperkatakan individu terbabut.

 

 

Rata-rata warganet mencadangkan agar Nabila membuat laporan polis demi keselamatan diri dan keluarga.

 

Tuduhan mencuri budaya Indonesia itu dibuat berdasarkan perkongsian Nabila yang menggayakan 30 persalinan kebaya lengkap berkain batik ketika beliau menjalani penggambaran sebuah program di New York, pada Julai lalu.

 

Sumber: X