Pelakon, Nabila Huda sanggup membawa sehingga 30 pasang kebaya untuk digayakan sepanjang dua bulan berada di New York, Amerika Syarikat hanya ingin memartabatkan budaya Malaysia ke mata dunia.
Menurut beliau, pakaian tradisional itu akan dipakai beliau sepanjang berada di AS kerana bangga dapat mempromosikan budaya tanah air ke luar negara.
“Kenapa nak pakai macam ‘New Yorker’ sedangkan kita patut bangga dengan pakaian tradisional kita (kebaya). Kita patut berbangga dengan budaya dan batik Malaysia.
“Jadi saya memilih kebaya untuk travelog saya kali ini. Mesti cantik bila jalan terkedek-kedek dekat Times Square nanti,” tulisnya di Instagram.
Selain pakaian, Abil turut dilapor membawa bersama aksesori dan kasut untuk dipadankan dengan busana tradisional itu nanti.
Rata-rata warganet dilihat memuji idea yang dibuat Abil dan tak sabar melihat beliau menyarung persalinan itu di New York nanti.
Sumber: Instagram Nabila Huda