“Maaf Tanya, Siapa Ni?,” Komen Nabila Huda Pada Video Nad Zainal Raih Perhatian

Pelakon, Nad Zainal baru-baru ini telah ditemuramah oleh portal hiburan tempatan, Hlive, berkenaan isu beliau bermasam muka dengan beberapa rakan industri yang dulu merupakan kawan rapatnya.

“maaf tanya, siapa ni?,” komen nabila huda pada video nad zainal raih perhatian

Nad Zainal yang kini hamil pada trimester ketiga berkata, beliau mengambil pendekatan untuk mengutamakan suaminya, Ungku Ismail dan anak-anaknya berbanding perkara remeh lain.

 

“Saya memilih untuk tidak fokus kepada sesiapa yang hilang dari radar, siapa yang ada..ada. Bab-bab siapa kawan siapa dan sebagainya, semua ini terlalu ‘high school’ untuk saya,” kata beliau.

 

Malah Nad akui berasa gembira dengan sokongan yang diberi peminat dan terus mendoakan kesihatannya.

 

Bagaimanapun perkara itu mendapat perhatian kawan baiknya sendiri iaitu Nabila Huda, yang turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

 

“Maaf tanya..Siapa ni? Pelakon ke?” tulis Nabila Huda hingga mendapat pelbagai reaksi berbeza dari netizen.

“maaf tanya, siapa ni?,” komen nabila huda pada video nad zainal raih perhatian

 

 

Sumber: Instagram