“Saya Tak Pernah Dengar Orang Bercakap Awak Berjaya,” Nabil Ahmad Imbas Kembali Saat Ujibakat Raja Lawak

Ramai mengenali namanya, kejayaan memenangi Raja Lawak musim kedua menjadi titik permulaan beliau menjejak langkah ke dalam industri hiburan tanah air. Dari ‘Mat Dispatch’, kini menjadi salah satu figura terkenal di Malaysia, Nabil Ahmad. 

“saya tak pernah dengar orang bercakap awak berjaya,” nabil ahmad imbas kembali saat ujibakat raja lawak

Perjalanan Nabil tidak semudah yang ramai sangkakan. Ada pelbagai cabaran hidup yang perlu dilalui, susah senang yang mungkin ramai tidak tahu. 

Bergelar juara Raja Lawak musim kedua, bagi Nabil titik permulaan di uji bakat tidak sepertimana yang ramai sangkakan. 

“Saya masuk audition Raja Lawak Musim Kedua, dalam keadaan saya tidak tahu program Raja Lawak itu apa,” kata Nabil.

Sebelum menjejak langkah atas pentas untuk uji bakat, Nabil mengaku dirinya pernah mengalami stage fright yang ketara tetapi pada hari kejadian, dirinya dapat mengatasi perasaan itu dan mampu membuat lawak secara bersahaja.

“saya tak pernah dengar orang bercakap awak berjaya,” nabil ahmad imbas kembali saat ujibakat raja lawak

Dalam seumur hidup Nabil mengaku bahawa dia tidak pernah mendengar kata-kata “awak berjaya” dan perasaan apabila memenangi ujibakat Raja Lawak sudah cukup ajaib baginya. Bahkan, beliau sendiri tidak mengharapkan lebih apabila menjejak langkah ke pusingan seterusnya.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan ‘ajaib’ Nabil Ahmad dari ‘Mat Dispatch’ hingga bergelar juara Raja Lawak. 

Dengarkan siri SYOK Podcast baharu, ‘Selebriti Podcast: Nabil Ahmad’, yang mengisahkan tentang perjalanan hidup dan pengalaman peribadi Nabil Ahmad, menempuh cabaran dan dugaan untuk mengukir nama dalam industri hiburan tanah air dan kisah penghijrahan yang dialaminya. Siri ‘Selebriti Podcast: Nabil Ahmad’ boleh distirm secara eksklusif di aplikasi dan laman web SYOK. 

Dalam siri SYOK Podcast ini, Nabil Ahmad, selebriti tempatan terkenal, membawa peminat menyusuri kisah hidupnya sebelum dikenali ramai serta perjalanannya menjadi anak seni di dalam dunia pengacaraan, lakonan, dan pengarahan. Nabil juga akan menceritakan tentang kisahnya bersama keluarga dan perubahan ke arah kebaikan yang turut dikongsikan bersama peminat. 

Anda boleh mendengarkan Selebriti Podcast: Nabil Ahmad di laman web SYOK ataupun muat turun aplikasi SYOK sekarang. 

Jika anda ingin info lebih lanjut, boleh mengikuti perkembangan terkini di Instagram @syok.podcast

“saya tak pernah dengar orang bercakap awak berjaya,” nabil ahmad imbas kembali saat ujibakat raja lawak

ARTIKEL BERKAITAN