Orang ramai kini boleh membuat sebarang laporan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 kepada pihak berkuasa melalui aplikasi MySejahtera.
Fungsi baharu itu membolehkan pengguna menghantar aduan mereka kepada pihak berwajib dengan beberapa langkah mudah.
Cara melaporkan aduan itu telah dikongsikan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin menerusi laman Twitter rasmi beliau yang turut disertai klip video pendek.
Menerusi butang “Aduan”, pengguna akan dibawa ke halaman lain untuk mereka memilih jenis pelanggaran SOP yang ingin mereka laporkan.
Disitu nanti terdapat 4 pilihan aduan iaitu:
- Pelanggaran SOP untuk individu (tidak memakai topeng muka atau mematuhi jarak fizikal);
- Pelanggaran oleh pengendali premis (kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan);
- Pelanggaran perintah kuarantin;
- Dan isu lain.
Pengguna kemudian diminta menanda lokasi tempat pelanggaran yang didakwa terjadi, sebelum memuat naik foto sebagai bukti.
Sumber: [1]