Terlibat Isu Bella Astillah, Muaz Zabir Beli Televisyen Tanda Maaf Kepada Ibu

Terlibat dalam kontroversi bersama penyanyi Bella Astillah, pelakon Muaz Zabir berkongsi yang ibunya masih marah dan kecewa. 

Walaupun dirinya sudah meminta maaf kepada ibunya, namun menurut Muaz dia tetap akan berbuat demikian sekali lagi pada Hari Raya nanti. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Muaz zabir (@muaz.zabir)

 

“Sesi permohonan maaf kepada mak tercinta. Kena sambung nanti waktu raya sebab marah dia tak habis lagi,” katanya. 

Menerusi video yang dikongsi, Muaz dilihat membawa sebuah televisyen keluar daripada kotak sebagai hadiah ‘membeli jiwa’ ibunya. 

“Doakan saya selamat sepanjang berada di kampung nanti,” ujarnya.

Sumber: Kosmo