MKN Saran Orang Ramai Segera Update Aplikasi MySejahtera

Orang ramai khasnya pengguna aplikasi MySejahtera disarankan untuk segera mengemas kini aplikasi berkenaan.

.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), kemaskini terbaharu itu adalah bagi membolehkan orang ramai menggunakan ciri terbaharu yang boleh dimanfaatkan pengguna.

.

“Sila kemas kini MySejahtera anda kepada versi terbaru (1.1.9) dengan segera untuk menggunakan ciri terbaru di aplikasi ini,” jelas MKN.

mkn saran orang ramai segera update aplikasi mysejahtera

Menerusi ciri 'Infectious Disease Tracker' ini, pengguna bukan sahaja dapat mengesan lokaliti dan update berkenaan wabak COVID-19, malah dapat juga mengesan empat jenis penyakit berjangkit lain iaitu Demam Denggi, Rabies, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) serta Demam Campak.

.

Dengan penambahbaikan ini juga orang ramai dapat merancang perjalanan di luar serta menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik khasnya di kawasan yang dikenalpasti berisiko.

.

Berikut adalah langkah bagi mengemaskini aplikasi MySejahtera:

1) Buka aplikasi MySejahtera dan pergi ke tab MySejahtera

2) Pilih Infectious Disease Tracker

3) Masukkan lokasi anda atau lokasi yang ingin anda kunjungi di ruang Search

4) Anda kemudian boleh lihat senarai penyakit berjangkit beserta jumlah kes aktif di bahagian bawah.

.

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN