Penyanyi rap terkenal MK K-Clique memohon maaf kepada orang ramai selepas video yang menunjukkan dirinya dan isteri memandu kereta tanpa memakai tali pinggang keselamatan dengar betul mengundang kritikan ramai.
MK tampil membuat permohonan maaf atas kesalahan itu dan berterima kasih kepada semua orang yang memberi teguran kepada mereka.
“Saya ingin minta maaf kepada semua orang kerana beri contoh yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab dengan video yang saya upload berkenaan usik isteri tengah memandu dan tak pakai tali pinggang dengan betul.
“Itu adalah tanggungjawab dan kesalahan saya. Berterima kasih kepada semua yang memberi nasihat dan teguran. Saya mengaku kesalahan saya, tak ada alasan memang salah,” kata MK.
Terdahulu, tular video MK sedang bergurau senda dengan isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin yang sedang memandu di atas jalan raya. Namun, kelihatan kedua-duanya tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika kenderaan sedang bergerak.
Sumber: Instagram