Penyanyi, Misha Omar akui terkesan dengan peperangan yang berlaku di bumi Gaza, Palestin, sehingga menyebabkan dia sukar untuk tidur pada waktu malam.
Menurut Misha, beliau berasa sedih apabila mengenangkan mangsa terkorban, khususnya golongan kanak-kanak kecil yang tidak berdosa.
“Saya rasa khususnya para ibu di seluruh dunua mengalami peristiwa patah hati bersiri yang masih belum tahu apa penghujungnya. Ada satu waktu tu, saya bangun tidur, saya menangis.
“Saya nak tidur malam, saya takut. Sebab saya tak tahu berita apa yang akan dihidangkan kepada saya esoknya.
“Sehinggakan suami suruh deactivate media sosial. Tapi itulah, kita perlu guna platform itu untuk mengetahui apa yang berlaku,” kata Misha.
Tambah Misha lagi, rasa bersalah menghantui diri dan dia juga percaya ramai pengguna media sosial lagi mengalami hal yang serupa.
“Jadi kita perlu terus berdoa. Bukan sahaja untuk saudara kita yang berada di sana, tapi untuk kita disini juga. Hal ini juga peperangan mental health issue antara kita semua.
“Saya harap kita semua pandai jaga diri, boleh ambil tahu tapi ada hadnya untuk diri masing-masing,” kata beliau lagi.
Sumber: Gempak