Pelakon Mira Filzah bersuara selepas dituduh memandang sepi kekejaman yang berlaku di bumi Palestin.
Menurut Mira, pengikut Instagramnya semestinya akan menyedari betapa lantangnya Mira berkongsi tentang kekejaman Zionis sebelum ini.

“Siapa yang datang semata-mata nak ‘stalk’ (mengintip) sahaja rasa ‘dan dan’ kongsi.
“Siapa yang sudah lama ikuti akaun media sosial, mesti tahu apa yang saya selalu kongsi. Mari saya tunjuk ya.
“Sebelum 12 Mei, (sebelum trend boikot artis jadi viral) pada tarikh 7 hingga 10 Mei pun saya ada muat naik. Sejak Januari pun sudah muat naik, bukan ‘dan dan’ (tiba-tiba),” katanya dalam aplikasi X.

Dalam pada itu, Mira juga turut menegur sikap sesetengah netizen yang sering menggunakan kata-kata kesat berkaitan gerakan boikot yang dilancarkan dalam media sosial.
“Saya bercakap ini untuk semua. Lakukan apa sahaja yang anda mahu. Kalau ingin sekat, buatlah tetapi tidak perlu sampai keluarkan kata-kata yang tidak baik.
“Itu ‘blockout’ bukan ‘makiout’. Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala,” tambahnya.
Sumber: Kosmo