Minji New Jeans Dimarah Kerana Terlalu Cantik

Penyanyi terkenal kumpulan  K-pop New Jeans, Minji baru-baru ini menjadi perbualan hangat di antara netizen selepas seorang petugas produksi program Inkigayo terbitan SBS marah kepadanya.

Kejadian itu tercetus selepas petugas yang juga pengarah produksi itu melihat ahli New Jeans itu menjadi hos jemputan program hiburan berkenaan.

Namun sebenarnya, perasaan marah pengarah itu adalah gurauan sahaja. 

minji new jeans dimarah kerana terlalu cantik

“Dia berasa terlalu ‘marah’ kerana Minji terlalu cantik ketika mengacarakan Music Bank.

“Saya dengar awak terlalu cantik di KBS (Music Bank)! Kami (di Inkigayo) sangat terluka. Kami rasa jengkel. Kenapa anak kami berada di KBS?” guraunya.

Selepas dua hari menjadi hos jemputan di Music Bank, Minji menerima banyak pujian kerana skil pengacaraannya sangat bagus. 

 

Sumber: Kosmo