Tampil Berambut Pendek, Mimi Lana Nafi Putus Cinta. “Saya Rasa Seperti Hilang Semua..”

Pelakon, Mimi Lana sebelum ini dilihat tampil dengan imej baharu berambut pendek, sehingga ada gosip mengatakan beliau sedang depresi dan putus cinta.

tampil berambut pendek, mimi lana nafi putus cinta. “saya rasa seperti hilang semua..”

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin ini menjelaskan sebab sebenar beliau tampil dengan imej sedemikian.

 

Ujarnya, ia adalah disebabkan tuntutan watak dalam filem lakonannya yang tidak sesuai dengan gaya wanita berambut panjang.

tampil berambut pendek, mimi lana nafi putus cinta. “saya rasa seperti hilang semua..”

“Sampai pernah ada yang cakap saya depresi, putus cinta dan macam-macam lagilah. Bukan sebab itu ya.

“Ini sebahagian daripada tuntutan kerja. Makin lama saya berlakon, semakin banyak cabaran mendatang.

“Kita bukan sahaja korbankan jiwa tetapi juga secara fizikal namun saya sangat sukakan kerja ini,” katanya.

 

Ujar pelakon berusia 25 tahun ini lagi, imej berambut pendek itu juga membuatkan dirinya menangis hampir setiap hari, namun perlu dihadapnya atas dasar kerja.

 

“Rambut saya adalah segala-galanya! Memotong rambut pendek bukan satu benda indah buat kaum perempuan seperti saya namun demi watak, terpaksa lakukan juga.

“Apabila rambut pendek, saya rasa seperti hilang semua benda dan menangis setiap hari pada minggu pertama. Bagaimanapun, lama-kelamaan sudah terbiasa,” katanya lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

 

Mimi Lana sebelum ini tampil dengan imej rambut pendek gaya mullet, sehingga ada yang memujinya mirip penyanyi terkenal Indonesia, Agnez Monica.

 

Sumber: Instagram