Berjaya Bawa Watak Penyondol, Mimi Lana Harap Orang Ramai Tak Doakan Keburukan Untuk Dirinya

Berjaya membawa watak sebagai perosak rumah tangga orang dan menimbulkan kebencian oleh penonton, pelakon Mimi Lana berharap agar orang ramai tidak mendoakan keburukan atau malapetaka kepada dirinya. 

 

Menurutnya, dia sedar akan kemarahan penonton dan memberi peringatan agar mereka tidak terbawa-bawa perasaan benci tersebut kepadanya kerana dia hanya melakonkan watak Intan dalam drama Andai Tiada Dia sebagai lakonan semata-mata. 

 

“Saya faham semua orang tengah marah sangat dengan karakter Intan buat masa sekarang. Tambah pula isu penyondol (perosak rumah tangga) dalam rumah tangga tengah hangat diperkatakan.

 

“Tetapi, kalian janganlah mendoakan perkara yang tidak baik atas nama sebenar saya. Intan yang jelas bukan Mimi Lana,” katanya dalam Instagram.

 

Dalam pada itu, Mimi akui hanya melaksanakan tanggung jawabnya sebagai pelakon untuk membawakan watak tersebut dengan baik. 

 

“Saya hanya interpretasi watak yang sedang berlaku di sekeliling kita semua untuk dijadikan iktibar,” tambahnya. 

 

Sumber: Kosmo