Pelakon Mia Sara Dimasukkan Ke Hospital, Diserang Panik Dan Anxiety Yang Teruk

Pelakon cilik Mia Sara baru-baru ini ada memuat naik dua buah video di akaun Tiktok miliknya dan mengatakan bahawa dia kini dirawat di Hospital kerana diserang panik dan mengalami anxiety yang teruk. 

Sebelum dimasukkan ke hospital, video yang dikongsi Mia menunjukkan dia pada ketika itu sedang makan di restoran bersama rakan-rakannya. 

 

@miasaranasuha #stitch with @Mia Sara Nasuha ♬ original sound - Mia Sara Nasuha

Tetapi selepas itu, dia mengalami serangan panik yang teruk dan terus dikejarkan ke hospital. 

“Bukan sebab keracunan makanan tapi saya mengalami serangan panik yang teruk dan didiagnosis mengalami anxiety yang teruk”, kata Mia Sara di dalam videonya. 

 

Sumber: Tiktok @Mia Sara Nasuha