‘Tiada Luka, Cuma Impak Di Bahagian Paha’ - Mia Nasir Trauma Diserang Anjing Rottweiler

Pelakon Mia Nasir berkongsi detik cemasnya ketika diserang seekor anjing baka Rottweiler ketika menjalani penggambaran sebuah drama, baru-baru ini.

Menurut Mia, kejadian itu berlaku ketika sedang merakamkan babak dan haiwan itu juga bertindak di luar jangka. 

“Badan saya tak sakit, cuma impak di bahagian paha sahaja. Tiada luka dan berdarah. Apa yang berlaku ini saya tak salahkan siapa. Tiada siapa yang sangka benda seperti itu akan terjadi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mia Nasir (@mianasir91)

 

“Nasib saya memang baik walaupun ruang dekat situ macam tiada, masih selamat. Anjing itu pun digunakan untuk tujuan lakonan,” katanya. 

Insiden tersebut telah dirakam yang menunjukkan Mia bersama seorang lagi pelakon, Mimi Lana melakukan adegan memasuki sebuah rumah.

Dan ketika mereka sedang berjalan, anjing Rottweiler yang digunakan untuk tujuan lakonan meluru dan cuba menggigit bahagian bawah seluarnya.

Namun, selepas beberapa individu datang menyelamatkan Mia haiwan tersebut terus menghentikan serangan dan berpatah balik. 

Menurut adik kepada Anzalna Nasir itu, dia bersyukur tidak mengalami luka atau digigit, sebaliknya hanya mempunyai kesan lebam sedikit di bahagian pahanya.

Sumber: Kosmo