Dilabel Tak Moden dan Nampak Tua, Mia Ahmad Kuatkan Hati Tutup Aurat

Pelakon, Mia Ahmad menegaskan niatnya untuk tampil dengan imej tudung labuh adalah kerana Allah SWT, meskipun dilabel tidak moden dan juga kelihatan tua berbanding usia sebenar.

dilabel tak moden dan nampak tua, mia ahmad kuatkan hati tutup aurat

Menurut pemilik nama sebenar Samihah Ahmad Baderi, 35, beliau mahu terus memperbaiki diri menjadi muslimah yang menjaga aurat setiap masa.

 

“Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden. Maaf, saya tutup aurat kerana Allah.

“Macam-macam orang kata, ada yang cakap saya tidak akan istiqamah, malah ada yang cakap suami saya tidak akan menjadi sistem sokongan yang kuat dalam proses perubahan ini.

“Saya kuatkan hati sebab saya tahu saya buat benda betul, mengikuti perintah Allah. Saya tahu saya tidak baik, maka saya ubah cara pemakaian saya untuk jadi lebih baik, bukan untuk nampak baik,” ujarnya menerusi hantaran dalam Instagram.

 

Malah katanya, sepanjang tempoh perubahan ke arah kebaikan, beliau bersyukur segalanya dipermudahkan dan diberi kekuatan Allah SWT untuk terus beristiqamah.

dilabel tak moden dan nampak tua, mia ahmad kuatkan hati tutup aurat

“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang tanpa henti. Semoga Allah terus menjaga niat hati saya dan kita semua.

“Saudaraku, saya doakan semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan,” katanya lagi.

 

Isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) Izham Tarmizi itu kini dilihat lebih seleas menguruskan perniagaan berbanding muncul di kaca televisyen, sejak mengenakan tudung labuh pada 2021 lagi.

 

Sumber: Instagram Mia Ahmad