MFL Bantu Skuad Harimau Malaya

mfl bantu skuad harimau malaya

Berita baik untuk skuad Harimau Malaya dan juga peminat bola sepak tempatan. MFL mengumumkan yang pihak mereka meminda jadual perlawanan Liga Malaysia bermula 23 April ini. Keputusan ini dibuat bagi memberi lebih masa kepada skuad bola sepak kebangsaan membuat persiapan untuk harungi aksi kelayakan Piala Dunia 2022 dan juga Piala Asia 2023, Jun depan.

mfl bantu skuad harimau malaya

Pindaan jadual Liga-M ni akan menyaksikan semua pasukan harungi lebih perlawanan liga Ramadhan ini. Kalau kita tengok jadual asal, pasukan Liga Super yang akan beraksi 2 perlawanan sebelum ini akan harungi 5 perlawanan. Manakala pasukan Liga Premier pula akan harungi 4 perlawanan berbanding 3 seperti jadual asal.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata pindaan ini membolehkan skuad Harimau Malaya memulakan latihan pusat bermula 16 Mei, seminggu lebih awal daripada jadual asal. Sebelum ini, permohonan memulakan latihan lebih awal telah dibuat oleh skuad kebangsaan.

Pengendalinya, Tan Cheng Hoe akui memerlukan lebih masa untuk persiapkan pasukannya memandangkan sudah lebih setahun tidak beraksi secara kompetitif. Skuad negara akan harungi 3 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 berdepan UAE, Vietnam dan Thailand pada 3, 11 dan 15 Jun.

mfl bantu skuad harimau malaya

Pindaan yang dibuat MFL ni bukan semata-mata untuk skuad kebangsaan sahaja. Korang jangan salah faham pulak. Keputusan ini juga dibuat selepas mengambil kira perubahan jadual saingan Liga Juara-Juara Asia yang melibatkan JDT. Pada asalnya kempen Liga Juara-Juara Asia dijadual bermula 21 April ini sehingga 7 Mei namun disebabkan COVID-19, ia terpaksa dipinda ke 21 Jun hingga 7 Julai.

Selain itu, MFL turut mengambil kira penglibatan Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC dalam saingan Piala AFC. Kedua-dua pasukan ini akan beraksi secara berpusat di Singapura pada 22 hingga 28 Jun depan.

mfl bantu skuad harimau malaya

Itulah sedikit sebanyak kisahnya. Kira win-win situation untuk semua pihak la kan? Harap-harap Tan Cheng Hoe mampu dapatkan ramuan terbaik untuk skuad negara mara ke pusingan seterusnya. Kalau kita tengok kedudukan Malaysia dalam kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022 ni peluang nak mara nampak cerah. Skuad negara berada di tangga kedua dengan 9 mata selepas 5 perlawanan. Tak mustahil kan untuk Malaysia layakkan diri ke pusingan seterusnya? Ayuh Harimau Malaya!

 

Oleh: Karami Kamel