MetMalaysia Nafi Dakwaan Banjir Besar Hujung November

Beberapa hari lepas, tular dakwaan yang menyatakan hujan lebat berterusan mulai pertengahan November yang akan membawa kepada banjir besar di beberapa kawasan di negara ini.

metmalaysia nafi dakwaan banjir besar hujung november

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kerana pihaknya tidak mempunyai kaedah tepat untuk meramalkan banjir lebih awal seperti yang hangat diperkatakan.

 

“Untuk ramalan dua bulan lebih awal banjir besar berlaku (November) memang tak ada kaedah tepat. Tidak dinafikan kemungkinan tu ada, cuma di mana kawasan paling terjejas atau bila, kita tak tahu,” kata Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah.

 

Namun MetMalaysia akan menjalankan pemantauan teliti setiap masa bagi memastikan sebarang kemungkinan bencana dapat diuruskan dengan baik.

 

Sumber: Kosmo!

ARTIKEL BERKAITAN