Merqeen Akui ‘Chemistry’ Dengan Anna Jobling Sangat Luar Biasa

Umum sedia maklum akan gandingan pelakon, Merqeen bersama seorang pelakon wanita cantik, Anna Jobling selepas drama lakonan mereka ‘meletup’.

merqeen akui ‘chemistry’ dengan anna jobling sangat luar biasa

Sejak dari lakonan mereka dalam drama Melur Untuk Firdaus, peminat sering mahukan mereka untuk bersama tak kira apa pun projek yang ingin diusahakan pada masa depan.

 

Bagaimanapun menurut Merqeen, meskipun perkara itu dianggap normal dalam dunia hiburan, beliau turut terbuka untu bergandingan dengan pelakon wanita lain selain Anna Jobling.

merqeen akui ‘chemistry’ dengan anna jobling sangat luar biasa

Ujarnya, bagi memenuhi tuntutan sebagai seorang pelakon, beliau terima apa sahaja watak dan karakter yang diberikan kepadanya, dan tidak semestinya kena berlakon dengan Anna sahaja.

 

“Sebagai seorang pelakon, kita kena cuba berkerja dengan pelbagai pelakon dan pelbagai karakter. Tak semestinya kena berlakon dengan Anna sahaja. Tapi bergantung pada watak itu juga. Kalau sesuai dengan diri saya, saya terima.

“Tapi it is what it is. Chemistry dengan Anna memang sangat luar biasa. Walaupun orang tak faham apa yang kita berdua buat, tapi mereka dapat rasa. Susah nak cakap saya nak lari daripada berlakon dengan Anna.

“Tapi walau macam mana pun, saya tetap akan berlakon dengan orang lain juga sebab ini kerja saya,” katanya kepada Gempak.

 

Dalam perkembangan lain, Merqeen berkata beliau ada menerima tawaran berlakon dari Indonesia, namun masih belum mahu berkongsikan perkara itu bersama peminat.

 

Sumber: Gempak