Memperketatkan Kawalan Sempadan Antara Negeri Antara Strategi Yang Sedang Diperhalusi- KKM

memperketatkan kawalan sempadan antara negeri antara strategi yang sedang diperhalusi- kkm

Angka kes positif COVID-19 harian melebihi 1,000 kes. Malah, rekod tertinggi harian dicatatkan adalah sebanyak 2,500 lebih kes. Perkara tersebut sangat membimbangkan terutama sekali pihak KKM.

Oleh itu, KKM sedang merangka strategi baharu bagi membendung masalah penularan COVID-19. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, salah satu strategi yang sedang diperhalusi olehnya ialah memperketat kawalan sempada antara negeri.

"Bagi negeri-negeri merah, tindakan yang lebih drastik dan bersasar perlu dijalankan dengan melihat kepada kluster-kluster di negeri terlibat. Kita juga akan memperketatkan kawalan sempadan iaitu menghalang mereka rentas negeri dan daerah.

"Kita memerlukan sekatan pergerakan untuk mengawal, mengurangkan jumlah kes daripada 2,000 kepada 200 sebelum kita boleh menguruskan keseluruhan situasi dengan lebih baik," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 semalam.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil pendekatan secara bersasar berbanding pelaksanaan di seluruh negara.

Pihaknya juga sedang meneliti dan melihat model yang dilaksanakan oleh negeri Sarawak dalam membendung COVID-19.

Sama-sama lah kita memberi kerjasama kepada pihak KKM dalam memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Sumber: Astro Awani