Pelakon jelita Sharifah Sakinah ‘lemah lutut’ apabila lamarannya untuk menjadi pasangan kepada pelakon kacak Meerqeen, diterima!

Menurut perkongsian video yang dikongsi oleh @Zatyrahim di akaun Tiktok miliknya, menunjukkan Sharifah Sakinah melamar Meerqeen menerusi mesej DM di laman Instagram miliknya.
“Meerqeen, kakak suka sama Meerqeen. Jom couple!” Kata Sharifah Sakinah
Terkejut dengan respon mesej tersebut, Meerqeen dilihat melayan dan menerima lamarannya itu.
“Wait what hahaha jom lah couple”, balas Meerqeen.
Sharifah Sakinah yang ketika itu memakai kustom pontianak ‘lemah lutut’ dan terus rebah ke lantai kerana terkejut lamarannya itu diterima oleh Meerqeen,
Video tersebut telah mengundang tawa oleh peminat kerana terhibur melihat gelagat Sharifah Sakinah.


Sumber: Tiktok @Zatyrahim