Pelakon, Meerqeen mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan khidmat bodyguard atau pengawal peribadi apabila bekerja atau keluar.
Menurut Meerqeen, langkah yang diambil oleh pengurusannya itu adalah bagi mengelakkan dirinya terpalit dengan sebarang kejadian yang boleh mencemarkan nama dirinya.
"Kami bertindak mengupah dua 'bodyguard' untuk menjaganya setiap kali berada di khalayak ramai sekarang. Ia bagi memantau tiada kejadian tidak diingini berlaku selain keselamatannya.
"Kami mengambil iktibar daripada pengalaman terdahulu yang memberi kesan kepada namanya. Supaya tidak berulang, pendekatan itu yang terbaik boleh kami lakukan.
"Awalnya, Meerqeen pun tak tahu kami upah pengawal peribadi untuknya. Alhamdulillah, setakat ini, kehadiran mereka sangat membantu dan tegas dalam melindungi Meerqeen di khalayak," kata pengurusan Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam.
Dalam pada itu, jurucakap Meerqeen turut meminta agar peminat menghormati sebarang pemintaan pengawal peribadinya seperti mengambil gambar atau mendekati tanpa kebenaran.
Tahun lalu, Meerqeen pernah berdepan kontroversi selepas insiden mencium pelawak terkenal Indonesia, Kiky Saputri ketika hadir ke sebuah program hiburan disana.
Sumber: Utusan / HMetro