Didakwa sombong kerana tidak mahu bergambar bersama peminat, pelakon Meerqeen menegaskan bahawa dirinya tidak akan pernah berkelakuan seperti itu.
Menurutnya, dia lebih percaya bahawa peminatnya lebih mengenali dirinya yang sentiasa akan memenuhi permintaan peminat walaupun pada waktu yang tidak sesuai seperti ketika sedang menjamu selera.
“Saya rasa peminat dan orang terdekat tahu saya macam mana, saya bukan jenis yang akan menolak jika ada orang datang untuk bergambar walaupun saya sedang makan.
“Dalam keadaan itu pun (kacau makan) saya sanggup berhenti dan tangkap gambar. Bukan semua aktor macam itu dekat Malaysia ini, hanya saya seperti itu.
“Mereka yang nampak saya, datang dekati saya dan cakap mahu bergambar, saya okey sahaja,” katanya.
Sumber: Kosmo