Pelakon terkenal Meerqeen berkongsi berita gembira selepas berjaya membeli sebuah lagi kereta yang dianggarkan bernilai RM600,000.
Menurut Meerqeen, penantian untuk mendapatkan kereta idamannya itu akhirnya menjadi nyata.
“Saya dapat ‘buah hati’ saya, akhirnya!”
“Saya berurusan untuk dapatkan kereta ini tak sampai sebulan, memang puas hati!” katanya.
Dalam pada itu, Meerqeen turut berkongsi gambarnya bersama kereta baharunya itu sambil ditemani keluarga tercinta.
Rata-rata peminat juga turut gembira melihat kejayaan Meerqeen dan menyifatkan dia layak mendapatkan apa yang diimpikan selepas melihat kerja kerasnya dalam industri seni sebagai aktor.
Sumber: Kosmo