Dua pelakon dari Malaysia telah dipilih untuk sebagai antara 100 wajah terkacak dan tercantik di dunia.
Meerqeen dan Anna Jobling tersenarai dalam Faces of 2022 oleh TC Candler, menjadi wakil tunggal mewakili jantina masing-masing.
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam menduduki tempat ke-55 daripada 100 Wajah Paling Kacak, manakala Anna Jobling menduduki tempat ke-84 dalam senarai 100 Wajah Paling Cantik.
Senarai 100 Wajah Paling Cantik pertama kali dicipta oleh pengkritik filem profesional TC Candler dan Pengkritik Bebas pada 1990 manakala senarai 100 Wajah Paling Kacak dicipta pada 2013.
Pelakon British Henry Cavill, yang dikenali sebagai Superman, mendahului senarai diikuti oleh Hwang Hyunjin dari kumpulan lelaki Korea Selatan, Stray Kids, di tempat kedua dan pelakon AS Timothee Chalamet di tempat ketiga bagi kategori Wajah Paling Kacak.
Manakala bagi Wajah Paling Cantik 2022 pula, model Amerika Jasmine Tooks mendahului senarai, diikuti Nancy dari kumpulan gadis Korea Selatan, Momoland dan Lisa Blackpink di tempat ketiga.
Sumber: Boom!