MEASAT-3d Dilancarkan, Malaysia Mungkin Capai 100 Peratus Liputan Internet

Awal pagi semalam satu sejarah baharu telah tercipta apabila satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan yang mana bakal membuka ruang kepada usaha menambah baik rangkaian liputan mudah alih negara.

measat-3d dilancarkan, malaysia mungkin capai 100 peratus liputan internet

Dilancarkan di Kourou, Fench Guiana pada jam 6.50 petang waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia), satelit itu bakal meningkatkan kebolehcapaian pengguna Internet, jumlah pengguna dan juga kestabilan rangkaian Internet khasnya dikawasan luar bandar.

.

Satelit MEASAT-3d yang dibina oleh syarikat aeroangkasa, Airbus, telah diberikan tempoh masa beberapa minggu untuk disiapkan sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan MEASAT.

.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Malaysia mungkin mencapai liputan 100 peratus bagi semua kawasan berpenduduk menjelang tahun 2025.

.

"Pelancaran ini ada dua aspek yang penting. Pertama, memungkinkan kita mencapai liputan 100 peratus bagi semua kawasan berpenduduk bagi tahun 2025. Beberapa bulan lagi kita sudah boleh guna perkhidmatan ini.

"Kedua, kita boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar menjadikan perkhidmatan high speed seperti mana kita gunakan rantaian gentian optik yang dilaksanakan di kawasan maju," katanya.

.

Menurutnya lagi, pelancaran satelit ini disifatkan detik bersejarah kepada negara dalam usaha menjayakan Pelan Digital Negara atau Mydigital.

.

"Walaupun kita mempunyai jangkaan liputan yang boleh mencapai 97 peratus di bawah Program Jendela 1, yang menghubungkan kawasan berpenduduk dengan kaedah jaringan gentian optik.

"Namun terdapat 3 peratus lagi kawasan-kawasan pedalaman yang tidak dapat sambung dengan jaringan optik. Kawasan ini pastinya kena guna satelit.

"Lazimnya sekarang ini teknologi satelit sedia ada memberikan jaringan jalur lebar yang rendah, kelajuan rendah, kebanyakan 5 megabit persaat (mbps).

"Namun MEASAT-3d berkeupayaan tingkat jalur lebar sehingga 100 megabit persaat. Maknanya, siapa di pedalaman akan guna pengalaman sama di bandar, ini perkembanan yang sangat baik," tambahnya.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN