Maya Karin Lawat PPV WTCKL

Baru-baru ini, selebriti popular tanah air, Maya Karin sempat berkunjung ke Pemberian Vaksin Integrasi World Trade Centre Kuala Lumpur (PPV Integrasi WTCKL).

maya karin lawat ppv wtckl

Kehadiran aktres jelita itu disambut Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim yang berpendapat bahawa hadirnya beliau ke lokasi itu memberikan kesan positif kepada program vaksinasi negara yang merupakan satu bentuk sokongan sekaligus dapat menarik lebih ramai penduduk negara ini untuk mendaftar dan mengambil suntikan dos penggalak COVID-19.

“Beliau telah melihat suasana proses pemberian vaksin dan beliau kagum dengan kecekapan dan profesionalisme petugas-petugas dan sukarelawan di sini.

“Maya Karin juga sempat meluangkan masa bertemu dengan petugas dan sukarelawan serta sempat photobomb bersama penerima vaksin di sini.

“Saya juga sempat mengambil kesempatan menerangkan peranan saya selaku Pengerusi Persidangan & Pameran (C&E), Majlis Penasihat Anggota (MAC) World Trade Centre Associations (WTCA) yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Facebook pada Ahad lalu.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN