‘Apa Yang Jadi, Biar Saya Dan Raf Sahaja Tahu’ - Mawar Rashid Enggan Ulas Mengenai Bekas Suami

Tidak mahu ada masalah timbul, pelakon Mawar Rashid akui tidak akan mengulas hal hubungannya bersama bekas suami Raf Yaakob setelah bercerai tahun lalu.

Menurut Mawar, tindakannya itu dapat mengelakkan kenyataan yang mungkin akan disalah  tafsir oleh pihak tertentu.

“Buat masa sekarang kami cuba yang terbaik. Itu sahaja yang saya boleh cakap. Kalau saya bercakap mengenai bekas suami, bimbang itu boleh menjadi punca atau permasalahan lain.

“Apa yang berlaku antara saya dengan bekas suami biarlah hanya kami sahaja yang tahu.

“Lagi pun saya perlu menjaga emosi anak-anak yang masih kecil dan saya tetap menghormati bekas suami kerana dia ayah kepada anak saya. Jadi saya cuba elakkan apa-apa yang tidak baik,” katanya. 

Dalam pada itu, walaupun sudah berpisah Mawar dan Raf sentiasa berkomunikasi untuk menjaga kebajikan anak-anak. 

Sumber: Kosmo