Penyanyi, Masya Masyitah sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas tindakan beraninya mencuba beberapa hidangan mentah dan masih hidup ketika bercuti di Bangkok, Thailand.
Menerusi video dan foto yang dikongsikan beliau sendiri di Instagram, pemilik nama sebenar Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 23, menerima kritikan ramai apabila dilihat berselera menikmati hidangan sotong dan undang yang masih hidup tanpa rasa ragu-ragu.
“Ia kelihatan mustahil sehingga ia selesai,” demikian menurut Masya menerusi ruangan kapsyen di Instagram beliau.
Sehubungan itu, rata-rata warganet mengecam tindakan beliau yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan terhadap haiwan yang masih hidup. Malah, ada yang menganggap tindakan Masya ini sebagai pengotor kerana haiwan itu masih mempunyai najis yang perlu dibuang sebelum ia boleh dimakan.
Terdahulu, Masya Masyitah pernah menerima kecaman netizen menerusi beberapa pakaiannya yang dilihat tidak sesuai dengan imejnya sebagai wanita berhijab.
Sumber: Instagram