'Bila Cakap Pasal Anak, Air Mata Dia Keluar’ - Kongsi Marsha Milan Ziarah Nad Zainal Di ICU

Penyanyi Marsha Milan berkongsi cerita semasa menziarah rakan karibnya Nad Zainal yang kini sedang ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu. 

Marsha berkesempatan menziarah Nad Zainal di Hospital, Marsha menceritakan sambil menangis kesedihan. 

“Rabu yang lalu, saya sempat ziarah Nad di hospital. Saya dan beberapa rakan selebriti yang lain. Saya dapat masuk dalam ICU dan pegang tangan dia.

“Saya sempat bercakap dengan dia, saya kata 'Nad kena kuat, Nad kena teruskan perjuangan, Nad ada anak-anak yang tunggu Nad'.

“Itu antara ayat-ayat kami yang datang ziarah dan akan cakap benda sama. Terbukti dengan sokongan dan kata-kata semangat daripada rakan yang hadir, keadaan dia nampak semakin baik dan positif.

“Walaupun dia dalam keadaan tidur, saya tengok bila cakap pasal anak-anak, saya nampak dia keluarkan air mata. Itu tanda dia dengar apa yang kami cakap dekat dia,” kongsinya.

Marsha juga turut berkongsi perancangannya bersama rakan-rakan artis yang lain untuk mengadakan reunion bersama Nad Zainal selepas dia sembuh kelak. 

“Kami jarang berjumpa tapi kami rajin bergurau dan borak dalam group Whatsapp, saya dan dia busy sebab masing-masing ada kerja.

“Sebab itu, saya ada juga cakap dekat Nad masa di hospital, dia kena bangun dan sedar sebab banyak benda yang nak dibuat sama-sama.

“Kami nak reunion dengan kawan-kawan yang lain, ada Nabila Huda, Sharifah Sakinah, Nadia Aqilah dan ramai lagi,” tambah Marsha lagi.

Sumber: AWANI , Gempak