Marsha Milan Nekad Jalani Rawatan Kesuburan Lepas 7 Tahun Kahwin Belum Ada Anak

Penyanyi, Marsha Milan berkata beliau nekad untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan zuriat, tahun hadapan.

tujuh tahun masih belum ada anak, marsha rancang cuba ivf

Menurut Marsha, beliau dah suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed telah berbincang mengenai perkara ini dan mendapat kata sepakat.

 

“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan.

“Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.

“Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal.

“Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya,” katanya.

 

Ujar Marsha, selama tujuh tahun mereka suami isteri belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata, dia akui tidak pernah berasa tertekan dengan pertanyaan daripada orang sekeliling.

marsha milan nekad jalani rawatan kesuburan lepas 7 tahun kahwin belum ada anak

“Tahun pertama berkahwin memang ada perasaan itu, tapi memasuki tahun kedua dan seterusnya saya okey saja.

“Saya minta mereka doakan dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif.

“Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat,” katanya lagi.

 

Untuk info, Marsha dan suami bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-8 pada 31 Disember depan.

 

Sumber: Murai