Marissa Dania Malu-Malu Bila Disuruh Menari Depan Kamera [Video]

Anak perempuan pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania baru-baru ini telah mencuri perhatian warganet menerusi satu video pendek di Tiktok.

marissa dania malu-malu bila disuruh menari depan kamera [video]

Menerusi sepotong video di media sosial jenama fesyen terkenal tanah air, Marissa yang cantik dengan baju serba putih, bersama-sama dua lagi model dilihat selesai menjalani sesi photoshoot, baru-baru ini.

 

Bagaimanapun ketika diminta untuk bersama-sama menari lagu raya viral nyanyian Aina Abdul, Marissa dilihat tersipul malu dan tertawa.

marissa dania malu-malu bila disuruh menari depan kamera [video]

“Susah betul nak minta Marissa menari tau,” tulis pada kapsyen video tersebut.

 

Video berkenaan telah dihujani pelbagai komen warganet yang rata-ratanya terhibur dengan aksi bersahaja Marissa, selain ada juga yang dilihat menyindir beliau.

 

@leeyanarahman.co Penatlaaaa dngn marissa ni😂😂 comel betull #leeyanaraya2024 #LEEYANARAHMAN #fyp #tiktokavatars #racuntiktok #shouldbeme ♬ original sound - Leeyanarahman

 

Terdahulu, timbul kisah mengenai anak gadis pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim ini yang dikatakan sudah bernikah dengan suami orang iaitu Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

 

Dakwaan itu dibuat isteri Aslam yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata itu mengenai kecurangan suaminya bersama model muslimah berusia 19 tahun itu.

 

Sumber: Instagram