Shila Amzah dan Jacklyn Victor Juara Bersama GV9? Ini Kata Tok Ram!

Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) bakal melabuhkan tirainya untuk final GV9 hujung minggu ini.

shila amzah dan jacklyn victor juara bersama gv9? ini kata tok ram!

Ketika kita masih berteka-teki siapa agaknya akan menjulang trofi juara GV9, timbul cakap-cakap kononnya GV9 kali ini akan mengangkat dua juara serentak, melihat kepada saingan sengit Jacklyn Victor dan Shila Amzah.

shila amzah dan jacklyn victor juara bersama gv9? ini kata tok ram!

Dakwaan oleh warganet itu dilihat berasas selepas sejarah GV6 melihat dua juara dinobatkan serentak iaitu Naqiu dan Hady Mirza.

 

Namun selaku ketua juri, Datuk Ramli MS menafikan dakwaan itu sambil berkata beliau tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapa juara kerana GV mempunyai tiga juri berbeza.

shila amzah dan jacklyn victor juara bersama gv9? ini kata tok ram!

"Dua juara? Netizen cakap? Mana ada. Okey... lagi satu saya nak terangkan sebagai ketua juri, saya tiada hak untuk letakkan nombor satu dan dua.

"Ya, tapi atas persetujuan semua. Saya tiada kuasa nak masukkan dia (peserta) kat itu ini. Tidak!" katanya.

 

Pada konsert separuh akhir minggu lalu, Jacklyn menduduki tempat teratas diikuti Shila Amzah ditempat kedua.

 

Saban minggu, nama Shila dan Jac sering disebut untuk menjadi juara, namun perlu diingatkan saingan hebat oleh peserta lain juga perlu diambil kira.

shila amzah dan jacklyn victor juara bersama gv9? ini kata tok ram!

Sumber: HMetro