Malaysia Terima Vaksin COVID-19 Pertama Pada 26 Februari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia bakal menerima bekalan pertama vaksin COVID-19 pada 26 Februari ini.

malaysia terima vaksin covid-19 pertama pada 26 februari ini

Menurutnya, proses pengagihan vaksin itu ke negeri-negeri bagi Program Imunisasi Kebangsaan dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu selepas bekalan vaksin itu tiba.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan menyebut sebanyak 12.8 juta dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech BNT1262b akan dibekalkan pada penghujung bulan ini.

Dalam perkembangan lain, KKM telah menerima lebih 3,000 permohonan bagi menyertai Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19, sekaligus melebihi sasaran yang ditetapkan KKM.

Sumber: Utusan