Malaysia Bakal Terima Vaksin CanSino, Hanya Suntik Satu Kali

Malaysia bakal menerima bekalan 3.5 juta dos vaksin COVID-19 jenis CanSino bermula bulan ini.

malaysia bakal terima vaksin cansino, hanya suntik satu kali

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, perolehan vaksin dari China itu dibuat dalam dua kategori iaitu produk siap sebanyak 500 ribu dos, dan selebihnya penghantaran secara pukal untuk diisi dan dibungkuskan oleh syarikat tempatan Solutions Biologics Sdn Bhd (SolBio).

 

Berbeza dengan vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan Sinovac, vaksin jenis CanSino ini adalah jenis dos tunggal dan hanya perlu disuntik satu kali.

malaysia bakal terima vaksin cansino, hanya suntik satu kali

Katanya, ia akan digunakan terutamanya di kawasan pedalaman dan kawasan di mana penerima sukar untuk datang menerima suntikan sebanyak dua kali, serta kepada warga asing yang berada di Malaysia.

 

Bagi mengawal penularan wabak COVID-19 dalam negara, Malaysia akan menggunakan lima jenis vaksin COVID-19 iaitu Pfizer-BioNTech, Astra Zeneca, Sinovac, Cansino dan Gamaleya.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN