Jangan Risau, Malaysia Selamat Daripada Ancaman Siber

Baru-baru ini, tular satu ancaman siber oleh sekumpulan pengodam keatas beberapa laman sesawang kerajaan yang didakwa mempunyai sistem sekuriti tahap rendah.

jangan risau, malaysia selamat daripada ancaman siber

Meskipun begitu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM) Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, Malaysia masih berada dalam keadaan terkawal daripada ancaman siber dan masyarakat tidak perlu cemas mahupun panik mengenainya.

Namun, adalah menjadi tanggungjawab semua pengguna internet untuk melindungi diri masing-masing daripada ancaman siber dengan meningkatkan pengetahuan asas mengenai ancaman tersebut.

Katanya lagi, Cyber Security Malaysia juga menyediakan Pusat Bantuan Cyber999 di mana jika berlaku apa-apa insiden, pengguna boleh membuat laporan di cyber999@cybersecurity.my ataupun menerusi panggilan telefon 1-300-88-2999.

Menerusi dua video yang disiarkan kumpulan penggodam tersebut mereka mendakwa terdapat kebocoran data dan maklumat peribadi pengguna, hingga menyebabkan 46 juta data pengguna telah digodam sehingga kini.

Sumber: Astro Awani / BERNAMA