Gelombang Kecil COVID-19 Omicron XBB Dikesan Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran Malaysia kini sedang berdepan dengan gelombang kecil COVID-19 varian Omicron XBB.

gelombang kecil covid-19 omicron xbb dikesan di malaysia

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, gelombang itu dijangka menyebabkan negara merekodkan peningkatan kes dalam beberapa minggu akan datang.

 

"Sama ada ia menjadi gelombang besar, ia bergantung kepada tingkah laku komuniti," katanya.

 

Khairy turut memaklumkan sebanyak empat kes COVID-19 varian Omicron XBB telah dikesan di negara ini, melibatkan warganegara tempatan berusia 25 hingga 51 tahun dari Selangor dan Negeri Sembilan.

gelombang kecil covid-19 omicron xbb dikesan di malaysia

Keempat-empat pesakit tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tiada sejarah kontak dengan kes XBB, dan Khairy berkata mereka hanya mengalami simptom ringan (kategori 2) dan telah menjalani kuarantin. Kontak rapat mereka pula dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

 

Strain XBB pertama kali muncul di Singapura beberapa minggu lalu dan dikatakan kebal terhadap vaksin serta antibodi daripada jangkitan sebelumnya.

 

Beliau menambah bahawa individu yang tidak pernah dijangkiti COVID-19, mereka yang baru dijangkiti varian Delta sebelum ini atau pernah dijangkiti varian Omicron lebih enam bulan lalu, mempunyai risiko lebih tinggi untuk dijangkiti subvarian XBB.

Tambah lagi, jika dos terakhir vaksin COVID-19 diambil lebih daripada enam bulan lalu, risiko dijangkiti subvarian XBB juga lebih tinggi, kata Khairy, sambil menambah bahawa adalah penting bagi orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak kedua mereka.

 

Sub-varian XBB ialah sub-varian Omicron yang telah berkembang daripada sub-varian BA.2 Omicron sedia ada. Ia adalah gabungan sub-varian daripada sub-varian BA.2.10.1 dan BA.2.75 dengan beberapa mutasi tambahan dalam spike-protein.

 

Sumber: Malaymail / Sinar Harian