Majoriti Kes Baru Dijangkiti COVID-19 Tiada Sejarah Vaksinasi – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 14,516 kes baharu positif COVID-19 pada 26 Julai 2021.

 

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini bertambah sebanyak 1,027,954 kes.

majoriti kes baru dijangkiti covid-19 tiada sejarah vaksinasi – kkm

Daripada jumlah kes baharu tersebut, KKM memaklumkan sebanyak;

  • 95 kes, 0.7 peratus (97.9% kes tiada sejarah vaksinasi) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan);
  • 77 kes, 0.5 peratus (85.7% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen);
  • 83 kes, 0.6 peratus (67.5% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 3 (radang paru-paru);
  • 7,045 kes, 48.5 peratus (87.6% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 2 (bergejala ringan); dan
  • 7,216 kes, 49.7 peratus (95.6% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 1 (tidak bergejala).

 

Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa sebanyak 1.8% kes dilaporkan berada pada kategori 3-5 (84% tiada sejarah vaksinasi) dan 98.2% kes pada kategori 1 dan 2 (92% tiada sejarah vaksinasi). Didapati majoriti besar kes yang baharu didiagnosa COVID-19 iaitu 92% tidak mempunyai sejarah vaksinasi.

majoriti kes baru dijangkiti covid-19 tiada sejarah vaksinasi – kkm

KKM turut memaklumkan terdapat 207 kes kematian yang melibatkan 57 kes di Selangor, 52 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 24 kes di Johor, 19 kes di Kedah, 18 kes di Melaka, 14 kes di Negeri Sembilan, tujuh (7) kes di Pahang, enam (6) kes di Sabah, lima (5) kes di Perak, tiga (3) kes di Pulau Pinang, dan dua (2) kes  di Terengganu.

 

Sumber: KKM

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN