Macam Mana Ni Kelantan FC?

macam mana ni kelantan fc?

Berita buruk buat peminat Kelantan FC.

Skuad The Red Warriors telah sahkan 5 pemain tonggaknya musim ini tidak akan bersama pasukan itu untuk saingan musim depan.

Antaranya termasuk Nik Akif Syahiran dan Nazrin Nawi yang kedua-duanya pernah menyarung jersi skuad kebangsaan.

Kesemua pemain tersebut menandatangani perjanjian pembatalan kontrak tanpa pampasan.

macam mana ni kelantan fc?

Dalam satu temubual bersama Nadi Arena, Nik Akif Syahiran memaklumkan dia akan menyarung jersi pasukan lain untuk saingan musim depan.

Antara punca dia membuat keputusan untuk meninggalkan Kelantan FC ialah khidmat bekas pengendali, Yusri Che Lah tidak dikekalkan.

macam mana ni kelantan fc?

Nazrin Nawi pula meninggalkan pasukan tersebut kerana tidak bersetuju dengan kontrak baru yang ditawarkan.

Pemain sayap itu berkata tawaran baru tersebut tidak mengikut perjanjian lama dengan alasan pasukan telah ditukar daripda FA ke FC.

macam mana ni kelantan fc?

Terdahulu, Kelantan FC mengumumkan tidak akan mengekalkan khidmat jurulatihnya, Yusri Che Lah dalam usaha untuk memburu kejuaraan Liga Premier musim depan.

Pemiliknya, Norizam Tukiman beri bayangan akan membawa masuk seorang pengendali luar negara untuk membimbing pasukan tersebut musim depan.

Tapi dengan ketiadaan 5 pemain tonggak lebih-lebih lagi Nik Akif dan Nazrin Nawi mampu ke Kelantan untuk bersaing dalam Liga Premier?

Atau adakan tindakan ini dibuat kerana skuad The Red Warriors sudah ada pengganti untuk mereka musim depan?

Oleh: Karami Kamel

ARTIKEL BERKAITAN