Liza Hanim Nafi Tuduhan Menangis Sebab Tak Menang GV10

Penyanyi, Liza Hanim menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwanya menangis dalam satu temubual adalah disebabkan gagal membawa pulang gelaran juara All Stars Gegarvaganza (GV10).

liza hanim nafi tuduhan menangis sebab tak menang gv10

Menurut pemilik nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim, 44, tuduhan itu adalah bercanggah dengan kandungan sebenar temubual pihak media.

 

“Saya berasakan amat perlu untuk membuat pencerahan memandangkan ramai salah anggap dan cakap saya menangis pada sidang media GV10 akhir kerana tak menang.

“Mohon dengar rakaman video penuh temu bual dan soalan yang menyebabkan saya sebak dan menangis,” katanya menerusi sebuah hantaran dalam Instagram.

 

Beliau turut memohon supaya semua pihak yang menyebarkan fitnah supaya lebih beretika dalam menjalankan tugas.

liza hanim nafi tuduhan menangis sebab tak menang gv10

“Saya mohon kepada platform berita hiburan yang tidak bertanggungjawab menyunting temu bual tersebut untuk lebih bertanggungjawab dalam soal kerja kalian.

“Jangan memberi naratif yang sememangnya salah hingga memberi gambaran negatif untuk menarik perhatian pembaca.

“Sekarang kita sudah boleh move on,” jelasnya lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

 

Terdahulu, GV10 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, menyaksikan Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara, manakala Liza Hanim berada ditempat keempat dengan markah 72.34 peratus.

 

Sumber: Instagram