‘Apa Orang Nak Cakap, Cakap Lah’ - Liza Hanim ‘Kalis’ Kritikan

Penyanyi, Liza Hanim menegaskan yang dia enggan melayan komen negatif yang diberikan netizen mengenai cara nyanyiannya.

‘apa orang nak cakap, cakap lah’ - liza hanim ‘kalis’ kritikan

“Kita sekarang sudah sampai ke peringkat, apa orang nak cakap, cakaplah. Saya pernah kena lebih teruk, jadi tidak ada hal. Saya okey saja kerana ada  yang masih gembira melihat persembahan itu. Mulut orang kita tak boleh ‘control’.

“Bagi saya, apabila orang bercakap mengenainya, itu menunjukkan persembahan kita mendapat perhatian. Itu sudah cukup. Sekarang, saya sudah sampai tahap hanya melihat ke arah positif. Tidak larat lagi nak fikir benda yang negatif,” ujarnya Liza yang telah berkecimpung dalam dunia nyanyian selama 25 tahun.

Tambah pelantun lagu “Siapa Sangka Siapa Menduga Itu”, dia tidak mahu melenting dengan segala kritikan yang dilemparkan netizen dan percaya, hanya yang bijaksana bijak menilai bakat sebenar.

“Saya memang malas nak melayan semua ini.  Apa yang saya tahu, hanya jauhari yang mengenal manikam. Saya mahu tenang-tenang saja.

“Nasihat saya kepada bakat baharu yang berdepan pelbagai komen netizen, jangan hiraukan sangat. Fokus memperbaiki diri sendiri untuk jadi yang lebih baik pada masa akan datang.

“Mungkin ia akan ambil masa lama sedikit, tetapi percayalah akan tiba waktu itu,” ujarnya.

 

Sumber: Utusan