Lima Pelancong Mahu Ke Langkawi Dikesan Positif COVID-19

Seramai lima daripada 2,546 individu yang disaring di pintu masuk udara dan laut ke Langkawi telah dikesan positif COVID-19 sehingga jam 12 tengah hari semalam.

lima pelancong mahu ke langkawi dikesan positif covid-19

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang positif merupakan kategori satu dan telah diarahkan melakukan kuarantin di rumah bagi tempoh 10 hari.

 

"Sehingga jam 12 tengah hari 16 September 2021, seramai 2,546 orang telah disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi.

"Ini melibatkan sejumlah 1,250 orang yang telah disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui feri di Kuala Perlis," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

 

Kelima individu yang positif itu telah menjalani ujian RTK-Antigen.

 

Tambah Dr Noor Hisham lagi, kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama di negara ini adalah sangat penting sebelum pembukaan destinasi pelancongan domestik seterusnya.

 

"Projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ianya berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu.

"Atas sebab itulah, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan merupakan kes positif COVID-19, dan bukan kontak rapat kepada kes positif," ujarnya lagi.

 

KKM juga menasihatkan orang ramai untuk terus mengamalkan penjagaan kendiri dalam apa keadaan sekali pun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN